LATAR BELAKANG PROJEK YANG TELAH DIJALANKAN


Syarikat ini baru beroperasi dan masih dalam peringkat membangun dan memperkembangkan bidang perniagaannya. Namun begitu, ketika ini SR GOLDEN GLOBAL NETWORK sedang giat menjalankan perniagaan dari segi pengurusan ladang,pertanian,penternakan serta pelbagai perkhidmtan lain.
Strategi yang berkesan amat penting dalam perancangan kerja bagi mencapai perkhidmatan yang cemerlang. Strategi syarikat kami menekankan kepada beberapa aspek penting seperti pengurusan organisasi, efisensi pemasaran, mutu kerja, ketepatan dan hubungan baik dengan pelanggan dan stakeholder.


ASPEK KEWANGAN

Bagi menjayakan penglibatan syarikat dalam perniagaan ditahap maksimun, pihak syarikat telah merancang dan sentiasa berfikiran terbuka dalam mengatur sebarang aktiviti yang dijangka membawa keuntugan. Bagi mencapai matlamat tersebut, segala kelengkapan dan peralatan perlulah mencukupi, selesa dan selamat digunakan.