Gelanggang perniagaan semasa banyak melahirkan pembekal-pembekal yang hanya mengutamakan jualan tanpa mempunyai perkhidmatan lepas jualan yang memuaskan. Jadi misi utama syarikat SR GOLDEN GLOBAL NETWORK ialah untuk memenuhi kekosongan itu.
Di SR GOLDEN GLOBAL NETWORK kami mengutamakan perkhidmatan lepas jualan yang cepat dan mesra pelanggan. Kami sentiasa mencari jalan unutuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami. Sasaran kami ialah untuk mengurangkan kerugian pelanggan dari kerosakan peralatan yang dibekalkan oleh kami.
Kami sedar bahawa penjagaan dan cara mengendalikan mesin-mesin serta penggunaan peralatan dengan betul dapat mengurangkan kerosakan keatas mesin-mesin tersebut. Oleh itu itu kami akan menyediakan latihan-latihan penjagaan dan pengendalian yang lebih berkesan untuk pelanggan kami.